|
Sinopsis sebagai memori Setiap buku yang telah aku baca, Akan aku tuliskan sinopsisnya. Supaya tidak akan aku lupa, Novel yang banyak berjasa. Senarai Novel Thank You WawaBelo basecodes: Jane |
Sunday, November 14, 2010 @ 1:05 AM
Vila Amira Syakila Oleh Ebriza Aminudin Farra Amalina seorang gadis yang suka menulis cerita tentang dunia mistik. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ada sebuah vila di daerahnya mempunyai unsur-unsur misteri. Dia berminat menjadikan vila itu sebagai bahan novelnya. Setelah tiga hari menetap di vila itu, Farra Amalina diganggu. Dengan sendirinya cerita yang tidak ada dalam bab yang dikarang, tiba-tiba sahaja tercatat di situ. Makhluk itu membuat huru-hara dan Farra Amalina kini berada di alam lain di mana dia terpaksa menyelesaikan masalah Amira Syakila dan mencari mangsa pembunuhannya. |