Sinopsis sebagai memori

Setiap buku yang telah aku baca,
Akan aku tuliskan sinopsisnya.
Supaya tidak akan aku lupa,
Novel yang banyak berjasa.
Senarai Novel




Thank You

WawaBelo
basecodes: Jane
Sunday, November 14, 2010 @ 1:03 AM
Rahsia Perindu Oleh Ramlee Awang Mursyid

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan rnenghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah rnahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azian mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung peibagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.